Pettifor
(2005)
Proses pembelajaran yang menyeluruh yang
merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan
diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal.
Clark W. Hetherington
Pendidikan Jasmani
adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak.
Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang
dicapai melalui pendidikan jasmani.
J.F Williams
Pendidikan
Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan
untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai
dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati,
berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis.
Delbert Oberteutte
Menginterperitasikan
pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan.
Roddick (1982).
Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan
yg menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan yang menekankan
pembentukan sikap, pengetahuan , kemahiran yangg berhubung dengan kesihatan,
kecergasan dan rekreasi.
KBSM (1992).
PJK bertujuan menjadikan pelajar sihat,cergas
dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengerahuan dan amalan kesihatan
dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Prinsip Pembelajaran
Pendidikan Jasmani
Kefahaman tentang konsep pembelajaran motor amat penting sebagai panduan
untuk persedian pengajaran mengikut peringkat perkembangan dan pertumbuhan
pelajar. Prinsip-prinsip pembelajaran motor adalah seperti berikut:
- Kematangan fizikal/fisiologi – pelajar perlu mempunyai kekuatan, daya tahan, kekuatan fizikal dan keupayaan organ-organ yang boleh mengawal pergerakan-pergerakan mengikut keperluan kegiatan.
- Latihan – cara latihan dijalankan akan mempengaruhi perlakuan, begitu juga dengan kemahiran yang berbeza memerlukan corak latihan yang berbeza. Antara jenis latihan ialah:
Ø
latihan keseluruhan pergerakan
secara lengkap latihan mengikut pecahan-pecahan pergerakan
Ø ketepatan
dan kelajuan (kedua-dua aspek ini adalah sama penting, tetapi lazimnya, aspek
kelajuan didahulukan)
Ø Latihan
mental – bentuk latihan ini melibatkan konsepsi pergerakan itu sebelum ia
dilakukan. Latihan ini digalakkan bagi pergerakan yang lebih kompleks.
·
Maklumbalas – maklumbalas yang
diterima daripada guru atau rakan sebaya serta kesedaran diri tentang mutu
pergerakan yang dilakukan.
·
Pengekalan – Kebolehan untuk
mengulang sesuatu pergerakan yang dikuasai selepas tempuh masa. Prinsip ini
penting kerana sesuatu kegiatan pergerakan yang telah dipelajari itu adalah
asas kepada penguasaan pergerakan-pergerakan lain yang lebih kompleks.
·
Pembelajaran lebihan – latihan
yang masih diteruskan walaupun pencapaian penguasaan kemahiran pergerakan
adalah memuaskan. Prinsip ini digunakan untuk membolehkan pelajar melakukan
sesuatu pergerakan secara automatik. Prinsip ini juga digunakan untuk
menghalusi perlakuan untuk mencapai kecemerlangan.
·
Pemindahan pembelajaran –
sesuatu kemahiran yang telah dipelajari akan mempengaruhi pembelajaran
kemahiran yang baru, sama ada secara positif atau negatif.
·
Ansur maju – latihan yang
dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai daripada yang mudah dan berpindah
kepada yang lebih kompleks.
TUJUAN PENDIDIKAN JASMANI
Bucher & Wuest ( 1987)
Menolong Pendidikan Jasmani di dalam aspek-aspek
berikut;
·
Untuk memahami apa yang hendak
dilakukan
· Untuk memahami dengan lebih
mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu sumbangannya terhadap
masyarakat.
·
Membuat keputusan yang bermakna
bila menghadapi sesuatu isu dan masalah.
·
Menjelaskan tugas mereka
kepada masyarakat
·
Mengetahui dan menghargai
pencapaian peserta melalui penglibatan di dalam program.
OBJEKTIF-OBJEKTIF
Thomes,Lee & Thomes (1988) menegaskan bahawa
secara tradisional ,pendidikan jasmani mempunyai empat objektif utama;
1. Pembangunan
fizikal atau organik.
2.
Pembangunan neurootot atau
motor.
3.
Pembangunan kognatif.
4. Pembangunan
sosial,emosi dan afektif.
Pembangunan fizikal atau
organik
Melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan kuasa
fizikal di dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organan di dalam
tubuh badan individu.
Pembangunan
neurootot atau motor
Melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan
Pelakuan pergerakan fizikal dengan sedikit
tenaga
Bergerak dengan kecap dan indah
1. Pergerakan yang berkesan bergantung kepada
kerjasama sistem otot dan saraf yang
terlibat di dalam aktiviti seperti
berlari, melompat, bergayut, menyepak, membongkok,
mengilas dan melontar.
2. Di dalam aktiviti pendidikan jasmani, kemahiran
neurootot membekalkan seseorang
individu dengan kebolehan melakukan sesuatu
dengan kadar kecekapan yang tinggi.
3. Membangunkan seberapa banyak kemahiran yang
mungkin ada pada setiap individu
supaya minat individu bertambah luas dan
pelbagai.
Disamping itu,kemahiran membolehkan seseorang
itu melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih berkesan,membina keyakinandiri dan
mendapat pengiktirafan diri.
Objektif pembangunan kognatif
Melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan
berfikir serta menginterpretasikan pengetahuan.
Mengimplikasikan pembangunan pengetahuan
spesifik yang berkaitan dengan peraturan ,undang-undang dan strategi yang
terlibat dengan pelbagai pengelaman dalam pendidikan jasmani
Pembangunan sosial,emosi dan
afektif
Objektif pembangunan sosial,untuk menolong
seseorang individu menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu dan memainkan
peranan sebagai ahli masyarakat dan membangunkan konsep kendiri.
Objektif pembangunan emosi melatih mengawal
emosi dalam keadaan tertentu dan melatih memahami emosi orang lain.
Objektif pembangunan afektif melibatkan
sikap,apresiasi dan nilai.
No comments:
Post a Comment